Tebus tiket percuma dilanjut hingga Khamis!

in Nasional by


SHAH ALAM – Penebusan tiket percuma Sinar Harian ke Bukit Gambang Resort City Gambang (BGRC) akan diteruskan sehingga Khamis ini.


Pengurus Bahagian Pemasaran Sinar Harian, Rozalina Mohamed berkata, tempoh itu dilanjutkan jika tiket percuma ke BGRC masih berbaki.


“Jika tiket ada lagi dan sekiranya siapa ada token lagi dia boleh datang ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sehingga Khamis ini,” katanya kepada Sinar Online.


Hari pertama penebusan tiket percuma ke BGRC di sini, berjalan lancar.


Rozalina berkata, 1,000 tiket percuma berjaya ditebus oleh pembaca Sinar Harian, hari ini.


“Sebanyak 800 tiket Safari dan 200 Water Park ditebus dan kita menanti esok juga untuk sesi penebusan,” katanya.


Sementara itu, katanya sesi penebusan tiket percuma BGRC di Sinar Harian Kuantan turut menyaksikan sambutan menggalakkan.


Katanya, secara keseluruhan 10,000 tiket disediakan untuk ditebus buat pembaca Sinar Harian.


Dalam pada itu beliau berkata, lebih banyak tiket percuma menanti pembaca setia Sinar Harian tahun depan.


“Kita akan jalankan promosi selanjutnya, pada tahun hadapan lokasinya di Pulau Pinang pula,” katanya.


Justeru katanya, pembaca diharap terus setia melanggani akhbar Sinar Harian supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan ditawarkan.


“Para pembaca Sinar Harian juga diharap mengikuti kami di Facebook Sinar Harian di https://www.facebook.com/SinarHarian/, dan jaga lupa ‘like’ kerana semua info akan disalurkan di Facebook berkenaan” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]