
MACHANG – Tiga pusat pemindahan banjir mula dibuka malam tadi dengan melibatkan 10 mangsa di sini.
Pusat yang terbabit adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina Pei Hwa, Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret dan Madrasah Sungai Mas, dekat sini.
Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, sebanyak empat keluarga yang mula berpindah malam tadi yang mana melibatkan kawasan-kawasan rendah di sini.
Dua keluarga berpindah ke Madrasah Sungai Mas manakala setiap satu keluarga di dua pusat lain.
Source: SH Edisi Kelantan
[featured-video-plus]