Tuntut, sokong UEC adalah pengkhianati

in Nasional by


SHAH ALAM – Perkasa menyifatkan mana-mana pihak yang menuntut dan menyokong Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) adalah pengkhianati masa depan negara.


Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Biro Pendidikannya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, ini kerana sistem pendidikan sedia ada sudah terbaik, dan tidak perlu dipertikaikan lagi.


“Jika kerajaan mahu menyediakan masa depan untuk generasi Y, kerajaan mesti kuburkan UEC dan wujudkan pendidikan satu aliran.


“Sememangnya, sekiranya UEC diiktiraf, ianya akan mencemari dengan teruknya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dibentuk atas asas dan persetujuan semua bangsa yang membentuk komposisi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: KKLW tidak iktiraf UEC untuk kemasukan ke IPT]


Sebelum ini menzahirkan perkara yang sama, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga tidak akan mengiktiraf dan menerima mana-mana pelajar yang menggunakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institut pengajian tinggi di bawah kementerian itu.


Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana Pertubuhan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang memperkenalkan UEC perlu memahami dan menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan terlebih dahulu sebelum sijil itu diiktiraf.


“Sebelum nak minta kita iktiraf (UEC), mereka perlu memahami Dasar Pendidian Kebangsaan kerana dasar ni sudah lama, jadi tak boleh ke kita ikut dasar ini sebagai rakyat Malaysia.


“Saya rasa sebelum nak tuntut apa-apa, fahami dulu dasar ini… selagi gagal, saya rasa kita tidak perlu mengiktiraf UEC ini. Macam kita di kementerian sendiri, kita tidak akan menerima sijil ini bukan sahaja di Universiti Kuala Lumpur tetapi juga  Kolej Universiti Poly-Tech Mara dan Universiti Agro Sains Malaysia,” katanya, lapor Sinar Harian semalam.


Dalam pada itu, beliau berkata, Perkasa hairan mengapa MCA, parti komponen kerajaan mendurjanakan dasar kerajaan.


Katanya, Perkasa juga sangat setuju bahawa Dasar Pendidikan Negara pada masa ini tidak ada cacat celanya, malah sentiasa dipertingkatkan keberkesanannya dari masa ke masa.


Oleh itu, Perkasa mahu kerajaan supaya membuat satu pendirian tegas dan berani menolak UES selama lamanya.


“Perkasa pun sudah muak dengan isu ini.Janganlah isu UEC menarik kita kebelakang . Sebaliknya kerajaan harus terus menyelesaikan isu isu yang lebih besar tanpa ganguan oleh isu ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]