Ancaman Agung: Puluhan ribu dipindahkan

in Global by


DENPASAR – INDONESIA.Pihak berkuasa, semalam meningkatkan amaran tahap maksimum selepas gunung berapi Agung di pulau Bali didakwa boleh meletus bila-bila masa.


Pegawai agensi bencana memaklumkan kira-kira 40,000 penduduk di sekitar Agung meninggalkan kediaman masing-masing.


“Seramai 100,000 lagi dijangka terpaksa berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Zon pengecualian pada lingkungan 75 kilometer (km) dari pusat pelancongan Kuta juga telah diperluaskan kepada 10 km,” katanya.  


Debu dan asap tebal yang dibebaskan Agung sejak minggu lalu kini mencecah setinggi 3 kilometer di permukaan udara hingga memaksa penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan.


September lalu, sudah 140,000 penduduk dipindahkan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]