Bapa saudara Sultan Pahang mangkat

in Nasional by


KUANTAN – Bapa saudara Sultan Pahang, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Datuk Ibrahim Tengku Sulaiman mangkat akibat sakit tua di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.


Almarhum meninggal dunia pada usia 81 tahun di Wad Diraja HTAA pada jam 7.10 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam kerana sakit dada.


Ahli Jemaah Pangkuan Diraja, Datuk Sabaruddin Sulaiman berkata, jenazah telah dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Parit Tengah, Pekan dan akan disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad sebelum dimakamkan di Makam Diraja Pekan selepas solat Zohor.


Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat menziarahi jenazah dan anggota keluarganya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]