Bukti hilang, bagaimana nasib mangsa rogol?

in Nasional by


SHAH ALAM – Mangsa rogol perlu diajar cara mengendali diri sendiri, bagi memastikan perogol tidak terlepas daripada hukuman.


Ini kerana menurut, Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazlena Mohamad Hussain, ramai mangsa rogol tidak tahu ‘cara bertindak’ selepas mereka menjadi mangsa rogol.


“Kadang-kadang masyarakat kita tak diajar untuk mengendali diri sendiri apabila sudah dirogol, sebab kita tak tahu hak kita.


“Kadang kala mangsa sangat malu dan dia nak bersihkan diri dia, tetapi tanpa sedar dalam membersihkan diri sebenarnya dia juga mencuci segala bukti yang ada,” katanya dalam Wacana Sinar Harian siri ke-51 bertajuk Perogol Dalam Rumah!, di Kompleks Media Karangkraf, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, katanya, justeru itu beliau menasihatkan agar mangsa supaya menyimpan segala bukti yang ada bagi memastikan pelaku tidak terlepas.


“Sebab dalam mahkamah semua perlukan bukti yang kukuh,” katanya.


Katanya lagi, selain bukti kesihatan bukti saksi juga boleh dibawa ke mahkamah untuk membela nasib mangsa.


“Jadi masyarakat perlu diajar mengenai perkara ini, dan keluarga juga¬† perlu mengajar anak-anak mereka tak perlu berkias dalam bercerita mengenai perkara ini,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]