Dakwa berlaku ketirisan

in Edisi Selangor KL by


PETALING JAYA –  Bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao membuat satu laporan polis terhadap Pengelola Pemilihan CEC DAP, Grant Thornton.


Tony Tan mendakwa, DAP telah melantik Grant Thornton pada 12 November 2017 dalam satu majlis di IDCC Shah Alam.


“Tujuan laporan ini dibuat kerana saya mengesyaki berlaku ketirisan dalam pengendalian pemilihan tempoh lalu.


“Pertama, kertas undi tanpa nama calon dan nombor siri dan nama calon yang meninggal dunia terdapat dalam senarai pemilihan.


“Ketiga, orang yang telah keluar dari parti DAP masih ada dalam senarai pemilihan,” katanya.


Justeru itu, beliau mohon polis melakukan ujian forensik terhadap semua kertas undi yang disyaki berlaku pengubahsuaian.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]