Elak rogol dengan tanam ‘AIA’ dalam diri

in Nasional by


SHAH ALAM – Punca utama kes-kes rogol yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita berikutan kurangnya iman dalam diri.


Pakar motivasi, Profesor Datuk Dr Muhaya Mohamad berkata sebab itu pentingnya AIA iaitu  akidah, ibadah dan akhlak dalam usaha mencegah kejadian rogol ini.


“Akidah yang mantap akan lahirkan ibadah yang sempurna seterusnya membawa kepada akhlak yang baik.


“Kita lihat masyarakat kita sekarang, berapa banyak markah kita boleh beri berdasarkan akhlak mereka?” katanya ketika Wacana Siri ke 51: Perogol dalam Rumah di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.


Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa perogol ini diibaratkan seperti pokok yang busuk akarnya.


“Perogol ini boleh dimanifestasikan seperti buah, jika asasnya seperti akar pokok tidak elok maka ia membesar dengan tidak elok.  Sama lah juga dengan solat, jika sebagai Islam, anda tidak cukup solat maka sebagai seorang Islam, tidak lengkaplah kita.


“Sebab itu, kalau asas sebagai seorang Islam tidak betul, jangan cakap mengenai perkara lain,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]