Enam keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan

in Edisi Utara by


PADANG BESAR – Sejumlah 16 mangsa dari enam keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Beseri dekat sini setakat jam 4 petang ini.


Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), mangsa-mangsa ini adalah dari Kampung Padang Malau dan Kampung Padang Malau Dalam.


Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menziarah mangsa banjir itu.


APM menasihati orang ramai agar segera memberitahu pihak berkuasa sekiranya kawasan rumah mereka ditenggelami air. – Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]