Istilah sumbang mahram terlalu lembut untuk perogol

in Nasional by


SHAH ALAM – Istilah ‘sumbang mahram’ adalah label yang terlalu lembut bagi seorang perogol.


Pengarah Kempen Stop #Perogoldalamrumah, Abdja Zulkifli berkata, masyarakat sepatutnya dididik untuk menggunakan istilah ‘rogol’ bagi menggambarkan perbuatan keji perogol yang tinggal sebumbung dengan mangsa.


“Rogol adalah penyakit yang menular dalam masyarakat hari ini.


“Rogol adalah jenayah yang boleh dibanteras daripada awal, ,kita kena didik anak kita sejak kecil untuk tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, apa yang boleh dipegang dan apa yang tak boleh disentuh,” katanya menerusi Wacana Siri ke 51 bertajuk ‘Perogol Dalam Rumah’ di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Wacana Sinar Harian ‘Perogol Dalam Rumah’]


Mengupas jenayah tersebut, Abdja berkata, jenayah rogol boleh berlaku dalam dua keadaan.


“Ada dua jenis perogol dalam dunia ini. Perogol yang lahir dengan masalah mental dan perogol yang melakukan jenayah dalam keadaan mental yang sihat,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]