Isyarat radio ujian misil berjaya dipintas

in Global by


TOKYO – Jepun dan Korea Selatan dilaporkan berjaya memintas isyarat radio yang mendakwa Pyongyang mungkin sedang bersiap sedia untuk melancarkan ujian peluru berpandu balistik baharu.


Menurut laporan agensi berita Kyodo kelmarin, kerajaan Jepun sedang berjaga-jaga selepas isyarat radio itu dikesan.


“Korea Utara mungkin melancarkan misil dalam tempoh beberapa hari akan datang. Bagaimanapun, isyarat itu mungkin berkaitan dengan latihan ketenteraan musim sejuk Pyongyang kerana imej satelit tidak menunjukkan pergerakan peluru berpandu atau pad pelancaran,” lapor Kyodo.


Selain Jepun, Korea Selatan turut meletakkan negaranya dalam keadaan berjaga-jaga selepas aktiviti radar dikesan di pangkalan peluru berpandu Korea Utara.


“Memang benar ada pergerakan aktif dikesan dan tanda seperti yang dilihat kelmarin dikesan secara kerap baru-baru ini,” menurut laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap memetik sumber kerajaan sebagai berkata.


Selepas melancarkan misil sejak April lalu, pelancaran peluru berpandu Korea Utara dihentikan sementara pada September selepas Pyongyang melepaskan roket yang melepasi pulau utara Hokkaido di Jepun. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]