Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan di Terengganu terus meningkat kepada 1,173 mangsa setakat 1 tengah hari berbanding 936 mangsa pagi tadi.


Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) jumlah tersebut meliputi 354 keluarga di 35 pusat pemindahan di enam daerah.


Daerah Setiu mencatat peningkatan mendadak iaitu melibatkan 339 mangsa (74 keluarga) di enam pusat pemindahan manakala daerah Hulu Terengganu merekodkan 497 mangsa (193 keluarga) di 18 pusat pemindahan dan Besut seramai 116 mangsa (31 keluarga) di dua pusat pemindahan.


Selain itu daerah  Dungun mencatatkan 160 mangsa (42 keluarga) di lima pusat pemindahan, Marang seramai 51 mangsa (12 keluarga) di tiga pusat pemindahan dan Kuala Nerus melibatkan 10 mangsa (dua keluarga) di satu pusat pemindahan.


Keadaan cuaca masih mendung dan hujan lebat di beberapa kawasan. –Bernama


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]