Kembalikan subsidi harga minyak

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Kerajaan digesa supaya mengembalikan semula subsidi minyak kepada rakyat bagi memastikan kadar harga minyak dapat dikawal.


Pengarah Media Baru Pemuda Amanah Negeri, Sayf Ahmad Basri berkata, walau pun minggu lalu harga minyak menunjukkan penurunan, namun itu tidak menjamin harga pada masa akan datang akan terus kekal, atau sebaliknya.


“Kita mendesak supaya kerajaan mengembalikan semula subsidi minyak bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tertekan.


“Harga minyak naik, barang lain turut naik sama, namun jika harga minyak turun barang lain tidak pula turun, malah semakin meningkat ditambah pula dengan GST.


“Walaupun minggu lalu harga minyak menurun tetapi itu cukup melegakan rakyat yang masih terbeban dengan harga minyak sedia ada yang dianggap masih tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian pada flash mob menurunkan harga minyak di jalan utama Seremban Gateways, di sini semalam.


Program anjuran Gerakan Turunkan Harga Minyak dengan kerjasama Pemuda Amanah Negeri Sembilan dan Skuad Keadilan Negeri, disertai kira-kira 30 belia, yang menaikkan sepanduk meminta kerajaan turunkan harga minyak.


Tambahnya, kempen itu turut mendapat sokongan orang ramai yang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan dengan kempen turunkan harga minyak ini dilakukan.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]