‘Saya pernah berkempen jalanan perangi jenayah’

in Nasional by


SHAH ALAM – “Saya sendiri pernah berkempen mencegah jenayah dari Kampung Lundu, Sarawak hingga ke Semporna, Sabah, menaiki kereta,” kata Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim.


Menurutnya, dalam usaha membanteras jenayah usah biarkan penjenayah mendahului kita.


“Banyak pendekatan boleh digunakan antaranya pendekatan agama dan sistematik. Selain itu, kita juga boleh menggunakan pendekatan kreatif.


“Usah takut gagal ketika membuat kempen. Bukankah kegagalan buat kita untuk berjaya? Ini tidak, bila nak buat kempen hujung minggu, kita kata hari minggu orang cuti, bila buat hari kerja, beri pula alasan orang tidak datang kerana hari bekerja,” katanya dalam wacana siri ke-51 bertajuk : Perogol Dalam Rumah!, di Kompleks Media Karangkraf, di sini, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Elak rogol dengan tanam ‘AIA’ dalam diri ]


Kamal Affendi berkata, situasi itu tidak sama ketika beliau berkempen secara jalanan pada tahun 2004.


Katanya, beliau telah diberikan kereta oleh pihak Naza untuk kegunaan kempen ketika itu.


“Saya pusing kampung Lundu sampai ke Semporna bawa kereta. Ada padang bola saya berhenti, nampak sekolah saya berhenti..di hentian bas pun berhenti untuk kita berkempen mencegah jenayah,” katanya.


Jelasnya, persoalannya sekarang berapa ramai yang hendak melakukan sebegitu?


Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan yang mana kempen-kempen kesedaran dan pencegahan jenayah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia, namun lebih kepada banyak bahasa.


“Pernah dengar dalam bahasa Tamil? Mandarin? Kadazan? Iban dan sebagainya? Tiada..semua dalam Bahasa Malaysia. Akibatnya orang yang fasih dalam Bahasa Malaysia sahaja faham hak mereka.


“Kalau boleh ambil inisiatif guna bahasa lain atau dialek untuk semua masyarakat,” katanya.


 


 


 


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]