
SHAH ALAM – Wacana Sinar Harian kembali lagi kali ini membawa topik kemasyarakatan yang berat iaitu tentang kes rogol atau kes sumbang muhrim.
Wacana Siri ke 51 bertajuk ‘Perogol Dalam Rumah’ ini seperti biasa akan berlangsung di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf bermula 3.30pm ini.
Ahli panel wacana kali ini adalah Pakar motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad; Pengarah Kempen Stop #PerogolDalamRumah, Abjda Zulkifli; Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim dan Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazlena Mohamad Hussain.
Manakala, moderator pula dikendalikan oleh Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.
Ikuti siaran langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan Facebook Sinar.TV, anda juga boleh ikuti laporan angsung menerusi Twitter @SinarOnline.
IKUTI WACANA SINAR HARIAN
3.50 pm – Wacana Sinar Harian ‘Perogol Dalam Rumah’ telah bermula dengan kata-kata aluan daripada moderator.
3.53 pm – Mazlena: Saya katakan masalah besar tentang rogol mengenai kesefahaman apa itu rogol.Kalau masyakat kata rogol persetubuhan dengan adanya paksaan tetapi dari segi kanun keseksaan anda tak nampak perkataan paksaan Akta 375.
3.54 pm – Mazlena: Rogol jenayah istimewa mengatakan perogol adalah lelaki mengikut perundangan, dan kesalahan ini khasnya untuk lelaki.
3.55 pm – Mazlena: Undang-undang diluar negara pula berbeza, di mana perempuan juga boleh dikatakan sebagai perogol.
3.57 pm – Kamal Affendi: Kes rogol pada zaman dahulu dan sekarang tetap sama. Tetapi jumlah keganasannya sahaja berbeza yang mana kini menyebabkan mangsa sehingga dibunuh.
4.00 pm – Abjda: Rogol adalah penyakit yang menular dalam masyarakat hari ini. Ada dua jenis perogol. Perogol yang lahir dengan masalah mental dan perogol yang lakukan jenayah dalam keadaan mental yang sihat.
4.02 pm – Abjda: Rogol adalah jenayah yang boleh dibanteras. Istilah sumbang mahram terlalu lembut bagi seorang perogol yang duduk dalam rumah dengan mangsa.
4.06 pm – Moderator: Mohon Prof Muhaya terangkan dari sudut psikologi dorong orang buat rogol?
4.10 pm – Prof Muhaya: Kita nak prevent perkara ini. Kenapa berlaku sebab kurangnya iman, kurang akidah yang tak matang.
4.11 pm – Prof Muhaya: Perogol sifat haiwan, kerana kurang iman. Akidah, ibadah, akhlak. Cara prevent rogol. Kalau akidah tak sempurna, susah. berapa orang solat cukup? kalau fundamental tak betul? jangan cakap pasal benda lain.
4.13 pm – Prof Muhaya: Perogol satu manifestasi, buah yang akar umbi berkarat sebab fundamental tidak kuat, jadi asas kena kuat.
4.15 pm – Moderator: Bila Dr sebut dalam keadaan rela ia jadi keadaan rogol. boleh terangkan bagaimana boleh berlaku?
4.16 pm – Mazlena: Dalam keadaan aduhai, cinta itu jadi pahit dia tuduh arjuna jadi perogol padahal suka. Rogol boleh berlaku dengan dua keadaan dengan rela atau terpaksa.
4.17 pm- Mazlena: Rujuk 90′ Kanun keseksesaan, kalau wanita setuju syarat wanita itu berumur 16 tahun boleh setuju lakukan persetubuhan. Syarat kedua adalah perlu sedar supaya dia fahami apalah dia persetujui.
4.18 pm- Mazlena: Wanita perlu berhati-hati dengan perkataan ‘ya’ kerana implikasinya sangat besar.
4.20 pm – Kamal Affendi: Mangsa akan dihantar ke hospital untuk ujian klinikal. Setelah itu barulah suspek akan dikesan dan ditangkap. Kemudian suspek akan dihantar untuk jalani ujian forensik.
4.21 pm- Kamal Affendi: Penjenayah perogol bila di dalam penjara dia adalah kasta paling bawah.
Source: SH Nasional
[featured-video-plus]