Diancam disembelih jika melawan

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Sebuah keluarga dari Kampung Bukit Endoi bukan hanya disamun malah diancam mahu disembelih oleh tiga penjenayah yang memecah masuk rumah mereka, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa Mahayudin Yahaya, 57, isteri, Zaiton Lazim,51, bersama tiga anak perempuan berusia 15 hingga 28 tahun dan seorang cucu lelaki dua tahun diancam penjenayah bertopeng terbabit supaya tidak melawan.


Mahayudin berkata, dia mengalami kerugian RM35,000 selepas kehilangan sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah komputer riba, wang tunai RM2,000 dan 10 talefon bimbit.


“Bila sedar, perompak dah acu besi umpil di leher manakala isteri diacu dengan pisau.


“Tiga perompak tu ancam nak sembelih semua jika kami lawan dan tak bagi apa yang depa nak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.


Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]