Gesa Bernas henti tindakan ke atas NGO Padi Rescue

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini menyeru kerajaan mengarahkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk menghentikan tindakan undang-undang yang diambil terhadap NGO Padi Rescue.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan Bernas yang telah mengeluarkan notis undang-undang mengancam untuk menyaman NGO berkenaan, rentetan tindakan mereka menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung Bernas adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan cubaan menakutkan mereka.


“Kami berpegang teguh bahawa hak sah semua rakyat Malaysia untuk meneliti dan menyoal prestasi dan peranan awam Bernas.


“Kami mengancam tindakan Bernas untuk menakut-nakutkan serta mendiamkan Padi Rescue dengan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang medianya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Bernas terhadap Padi Rescue, setelah NGO berkenan menyerahkan memorandum bertajuk “Bernas Gagal , Kembalikan Fungsi LPN” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini.


Dalam pada itu katanya, mereka juga menuntut penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Negara.


“Ini adalah kerana Bernas sebagai sebuah syarikat persendirian yang merupakan entiti komersial yang berpaksikan kepada keuntungan adalah tidak layak untuk menguruskan industri padi negara,” katanya.


Rentetan itu seramai 83 orang ahli parlimen pembangkang mendatangi memorandum untuk menyatakan bantahan Bernas berkenaan.


 


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]