Lebih banyak projek infra rakyat akan dilaksana

in Nasional by


C- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.


“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di akaun Twitter beliau.


Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada  pengguna  jalan raya bermula 6 pagi ini.


Jajaran baharu sepanjang sembilan kilometer bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur  bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat  kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.


Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.  – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]