Pancing mangsa guna WeChat, ugut sebar gambar bogel

in Edisi Selangor KL by


PUCHONG – ‘Pancing’ mangsa menerusi laman media sosial, menjadikan mereka teman wanita dan mengajak membuat hubungan seks sebelum mengugut mangsanya dengan gambar bogel yang dirakam.


Itu modus operandi digunakan seorang lelaki berusia 25 tahun bagi menipu mangsanya dan mendapatkan kekayaan dengan cara mudah.


Difahamkan, lelaki terbabit sudah menipu sekurang-kurangnya enam wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun sejak beberapa tahun lalu.


Mangsa, Mei, 28, berkata, dia mengenali lelaki tersebut menerusi sistem aplikasi WeChat pada tahun 2014 dengan hanya berkawan biasa pada awalnya.


Kerani pentadbiran itu berkata, sepanjang tempoh perkenalan dia pernah keluar minum tiga kali dengan lelaki itu sebelum kedua-dua mereka menjadi pasangan kekasih.


“Lepas beberapa bulan bercinta, lelaki itu minta bantu belikan kereta guna nama saya dan dia menjadi penjamin. Disebabkan sayang, saya turuti kemahuannya dan beli sebuah kereta jenis Perodua Myvi.


“Tidak lama lepas itu, kereta tersebut bermasalah dan dia minta saya belikan sebuah kereta baharu, sekali lagi saya belikan sebuah kereta guna nama saya tapi kali ini jenis Honda City,” katanya lelaki itu berjanji membayar ansuran bank setiap bulan.


**DAPATKAN LAPORAN LANJUT DALAM SINAR HARIAN ESOK


 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]