‘Saya bawa bantuan naik lori bukan memandu lori’

in Edisi by


RANTAU PANJANG – “Saya bawa bantuan dengan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff selepas gambarnya memegang stereng lori tanpa kunci tular di laman sosial, semalam.


Zailah berkata, gambar berkenaan diambil oleh anaknya selepas mengetahui minatnya untuk mempelajari cara pemanduan lori.


Malah katanya, gambar berkenaan diambil sebagai kenangannya bersama keluarga meredah banjir dengan menaiki lori ke pusat-pusat pemindahan sementara sekitar Rantau Panjang.


Beliau berkata, lori yang dinaiki merupakan milik anaknya digunakan sebagai salah satu kemudahan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini.


“Pihak berkenaan memutar belitkan kenyataan dengan hanya berpandukan gambar swafoto tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu,” katanya, selepas menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara dekat sini.


Semalam tular gambar Zailah menaiki lori tanpa kunci dan menganggap pemimpin Pas berkenaan sengaja menipu memandu lori untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]