Sebahagian mangsa banjir di Jeli pulang

in Edisi by


JELI – Sebahagian mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di sini mula pulang ke rumah, pagi ini.


Sehingga jam 10.30 pagi, seramai 208 dari 54 keluarga di Kampung Rahmat, Kampung Ayer Lanas masih berada di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas yang dibuka semalam.


Manakala mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan dan Sekolah Kebangsaan Legeh ditutup pagi ini.


Penghulu Mukim Wakaf Zin, Alias Salleh berkata, sebahagian mangsa di pusat pemindahan SMK Ayer Lanas pulang ke rumah masing- masing untuk membersihkan kawasan rumah mereka.


“Air dah mula kering, masing- masing balik untuk bersihkan rumah, bimbang kalau selut kering akan rumitkan usaha membersih, ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]