Anak saudara MB Selangor ditahan SPRM

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditahan oleh  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung siasatan kes projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.


Penahanan Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34, disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.


Beliau berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di ibu negara.


“Kita membekukan RM4 juta di dalam akaun milik individu dan syarikat yang disyaki terlibat dalam kes itu.


“Beliau (Mohd Nuzul) kini direman tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Penahanan itu turut membabitkan dua ahli perniagaan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]