Bayi berusia seminggu antara 447 sertai khatan perdana

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Seramai 47 Kanak-kanak termasuk bayi berusia seminggu dan mualaf menyertai Program Khatan Perdana anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 dengan kerjasama Perubuhan MediCom yang berlangsung di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.


Bayi berkenaan, Muhammad Fatih Shakir Ahmad Fathi yang berusia satu minggu merupakan cucu kepada Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.


Wakil penganjur, Ahmad Rudi Yusof berkata, aktiviti yang dilakukan sebaik musim cuti persekolahan bermula ini diadakan dengan kerjasama Biro Pemuda Surau Al-Ansor adalah julung kali diadakan dan mendapat sambutan cukup menggalakkan.


“Tujuan Majlis Khatan Perdana ini adalah untuk memudahkan ibu bapa mencari tempat untuk anak-anak mereka berkhatan.


“Antara matlamat lain adalah untuk mempelbagaikan aktiviti, merapatkan hubungan ahli surau dengan kariah, memperkenalkan pemimpin masyarakat dengan penduduk dan juga untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah,” katanya.


Majlis tersebut dirasmikan pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1.


“Allah menekankan tentang kebersihan, khatan merupakan salah satu kebersihan supaya kita lagi dekat dengan Allah,” katanya


Peserta dan ibu bapa turut diperdengarkan aluan kompang  sebelum majlis bermula untuk menenangkan peserta yang terdiri dari kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan juga turut serta adalah seorang mualaf berusia 21 tahun.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]