200 pemain sahut cabaran Badminton FBS Nusantara 2017

in Sukan by


LEBIH 100 regu sekitar Lembah Klang menyahut cabaran Kejohanan Badminton FBS Nusantara 2017 di Arena Badminton Court di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini, lapor SYAIRI SHAARI.


Kejohanan anjuran Taman Sea Shuttlers (TSS) itu mendapat sokongan padu penaja rasmi FBS Nusantara dan Sinar Harian selaku media rasmi kejohanan.


Wakil penaja rasmi kejohanan dari FBS Nusantara, Najmuldin Hamzah berkata, kejohanan bertujuan membentuk bakat baharu selain mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain di Lembah Klang.


Menurutnya, FBS Nusantara  mengikuti  perkembangan badminton negara mahu menyumbang kepada pembangunan sukan itu.


“Saya ucapkan tahniah kepada penganjur, Kelab Taman Sea Shuttlers yang berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta pada kejohanan kali ini.


“Saya harap kejohanan ini dapat menyemarakkan lagi  badminton negara dan kami sentiasa menyokong penuh aktiviti ini,” katanya.


Sementara itu, Presiden Kelab TSS, Wan Mohd Arif Shafiq Abdul Rauf berkata, pada kebiasaannya kelab itu bermain badminton di SS2 Marine Park, Petaling Jaya setiap malam Sabtu.


“Tapi kali ini kami buat kelainan dengan anjurkan pertandingan mencari bakat terpendam,” katanya.      


Sementara itu, Kategori Amatur dimenangi Ter Chun Wei/Tengku Saiful menewaskan Saik Wei Han/Khairul Amri manakala bagi Kategori Bakat Baharu dimenangi Fadhli/Hamzah menewaskan Faizul/ Taufid Omar.

Juara Kategori Bakat Baharu dimenangi Fadhli/Hamzah menewaskan Faizul/ Taufid Omar.


Dalam pada itu, FBS Nusantara penyedia platform perdagangan atas talian ditubuhkan lapan tahun lalu beroperasi di 120 negara kini mempunyai 5 juta pelanggan.


Bagi ingin mengetahui aktiviti FBS Nusantara boleh Whatapps atau Telegram 0178103767.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]