Askar Israel kena baling batu tembak mati petani

in Global by


BAITULMUQADDIS – PALESTIN. Seorang warga Israel dan seorang warga Palestin terbunuh dalam dua kejadian berbeza, semalam.


Menurut laporan Reuters, seorang askar Israel menembak mati seorang petani di Tebing Barat sebagai respon dibaling batu.


Angkatan Tentera Israel mengatakan askarnya melepaskan tembakan sebagai langkah mempertahankan diri daripada beberapa penduduk di Qusrah yang sebelum itu didakwa terlibat dalam satu pertembungan.


Penduduk tempatan mengatakan mangsa dikenali sebagai Mahmoud Odeh, 48, dan menafikan terjadi sebarang pertembungan sebelum mangsa ditembak.


Seorang warga Israel pula ditikam hingga mati di Arad dan polis menisytiharkan ianya sebagai serangan pengganas.


“Siasatan masih dijalankan dan polis masih mencari suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian,” kata jurucakap polis.


Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam tindakan askar Israel menembak mati rakyatnya.


“Tindakan pengecut dan bukti kepada dunia mengenai jenayah yang dilakukan oleh penjajah keatas penduduk Palestin yang tidak bersenjata,” kata satu kenyataan dari pejabat presiden.


Source: SH Global

[featured-video-plus]