Kabinet Zimbabwe penuh dengan pegawai tentera

in Global by


HARARE – ZIMBABWE. Presiden Zimbabwe yang baharu dilantik, Emmerson Mnangagwa telah menamakan senarai individu yang akan mengisi jawatan dalam kabinetnya.


Menurut laporan BBC, antara individu tersebut Jeneral Sibusiso Moyo yang sebelum ini muncul dalam siaran langsung selepas angkatan tentera menawan sebuah stesen telesyen, pertengahan November lepas.


Sibusiso akan memegang jawatan Menteri Luar Zimbabwe.


Ketua Angkatan Udara Zimbabwe, Perence Shiri pula dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Tanah dan Pertanian.


Selain pegawai tentera, Mnangagwa juga menghadiahkan beberapa jawatan kabinet kepada pengerusi-pengerusi persatuan veteran perang yang menyokong beliau sebelum ini.


Antaranya adalah Chris Mustvangwa yang kini dilantik Menteri Maklumat.


Beberapa bekas menteri kabinet dari zaman pemerintahan Robert Mugabe dikekal dalam kabinet oleh Mnangagwa.


Pelantikan yang dijalankan Mnangagwa membuktikan dakwaan pengkritik kerajaan yang rakyat Zimbabwe ‘tersilap’ kerana mengharapkan perubahan.


Sebagai contoh, Perence merupakan pegawai tentera yang mengetuai satu operasi ketenteraan untuk memerangi penentang Mugabe di Matabeleland pada 1980-an.


Operasi tersebut menyebabkan 20,000 orang awam terbunuh.


Source: SH Global

[featured-video-plus]