Kedutaan Malaysia di Tehran pantau gempa bumi

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berlaku di tenggara Iran dekat bandar Kerman, 1,000 kilometer selatan Tehran pada 6 pagi (waktu tempatan) hari ini.


Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi kedutaan di No 25, Second Alley, North Zarafshan St, Eyvanak Blvd Phase 4, Shahrak Qods, Tehran atau menghubungi 00982188072444 dan 00989335352602 (selepas waktu pejabat).


Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan cedera dan sehingga 30 rumah musnah akibat gempa bumi itu. – Bernama

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]