Tukang kebun ditemui mati di rumahnya

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


PORT DICKSON – Perasaan curiga seorang majikan terhadap pekerjanya yang tidak datang kerja dan tidak menjawab panggilan telefon terjawab apabila dia ditemui mati di rumahnya di Taman NLFCS pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, si mati bekerja sebagai seorang tukang kebun berusia 59 tahun ditemui mati di rumahnya oleh majikannya.


“Majikan yang curiga dengan pekerjanya yang tidak menjawab panggilan telefon telah datang rumahnya.


“Dengan bantuan jiran, mereka masuk ke rumah si mati dan menemuinya di dalam sebuah bilik di rumah itu,” katanya.


Sinar Harian difahamkan, si mati telah dua hari tidak datang kerja sehinggalah majikannya datang ke rumah mencarinya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]