Banjir: Tiada laporan kenaikkan harga barangan

in Edisi by


PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung berlaku kenaikkan harga barangan keperluan sepanjang musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.


Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, bagaimanapun berlaku peningkatan harga barangan keperluan harian hasil pemantauan yang dibuat pihaknya disekitar pasar-pasar basah seluruh negeri.


“Peningkatan tersebut tidak terlalu ketara cuma dibawah 20 peratus.


“Anggota saya akan terus membuat pemantauan bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat bekalan keperluan harian pada harga yang berpatutan,” katanya.


Beliau di temui media pada majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Minyak “Keselamatan Rakyat, Kami Prihatin” di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Abdul Hamid 2, di sini hari ini.


Perasmian itu disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat.


Ab Ghani berkata, sekiranya berlaku kenaikkan harga pengguna boleh melaporkan terus kepada KPDNKK Kelantan.


Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan segera sebaik sahaja menerima laporan.


 


 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]