Demam Piala Dunia bermula lagi!

in Sukan by


PERTANDINGAN yang mempunyai paling ramai penonton, Piala Dunia 2018 kembali menggegarkan arena bola sepak.


Rusia selaku tuan rumah secara automatik berada di dalam Kumpulan A biarpun berada dalam kedudukan paling corot liga.


Piala Dunia 2018 akan diadakan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018, di 11 bandar raya iaitu Moscow, St. Petersburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Saransk, Kaliningrad, Volgograd, Yekaterinburg, Samara, Sochi dan Rostov-on-Don.


Bagaimanapun, kejohanan kali ini, menyaksikan ketiadaan Itali, yang gagal layak buat kali pertama sejak 1958.


Turut gagal menempah tiket ke kejohanan berprestij itu ialah Belanda, Amerika Syarikat dan Chile.


Undian untuk menentukan kedudukan pasukan yang bertanding berlangsung di Moscow malam tadi.


Berikut adalah senarai kumpulan negara-negara yang akan bertanding di Piala Dunia Rusia 2018:


KUMPULAN A


Rusia, Arab Saudi, Mesir, Uruguay


KUMPULAN B


Portugal, Sepanyol, Maghribi, Iran


KUMPULAN C


Perancis, Australia, Peru, Denmark


KUMPULAN D


Argentina, Iceland, Croatia, Nigeria


KUMPULAN E


Brazil, Switzerland, Costa Rica, Serbia


KUMPULAN F


Jerman, Mexico, Sweden, Korea Selatan


KUMPULAN G


Belgium, Panama, Tunisia, England


KUMPULAN H


Poland, Senegal, Colombia, Jepun


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]