Rayu bantuan RM92 bilion

in Global by


GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam merayu dana bantuan berjumlah AS$22.5 bilion (RM92 bilion) untuk disalurkan kepada penduduk yang terjejas akibat konflik dan bencana di seluruh dunia pada 2018.


Agensi antarabangsa lain dan pertubuhan kemanusiaan turut menyasarkan matlamat untuk mengumpulkan dana bagi membantu kira-kira 91 juta daripada hampir 136 juta penduduk terjejas teruk di 26 negara yang dijangka memerlukan bantuan segera pada tahun depan.


Data PBB menunjukkan jumlah penduduk yang memerlukan bantuan antarabangsa di seluruh dunia telah meningkat lebih lima peratus berbanding anggaran tahun lalu.


“Banjir, kemarau dan bencana alam lain dijangka terus mengatasi keperluan kemanusiaan. Konflik khususnya krisis berlarutan akan terus menjadi pemacu utama keperluan pada 2018,” kata Ketua Kemanusiaan PBB, Mark Lowcock.   


Difahamkan, konflik di Syria sahaja memerlukan AS$7.66 bilion (RM31.3 bilion) iaitu lebih satu pertiga daripada jumlah dana diperlukan pada tahun depan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]