Wanita maut jatuh tingkat 14 kondominium

in Edisi Johor by


ISKANDAR PUTERI – Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat 14 sebuah kondominium di Taman Mutiara Emas, Skudai di sini, dalam kejadian petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat pembinaan ditemui terbaring oleh pengawal keselamatan bangunan 24 tingkat berkenaan.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa melalui lobi blok B bangunan terbabit pada jam 5.15 petang dan kemudian menaiki lif menuju ke tingkat 13A sebelum ditemui terbaring.


“Polis menerima panggilan berhubung kejadian ini pada jam 5.43 petang. Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang, mangsa dijumpai terbaring di tingkat bawah bangunan dipercayai terjatuh daripada tingkap koridor tingkat 13A,” katanya.

 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]