71 penduduk Orang Asli Sungai Kelit terputus hubungan

in Edisi by


KUANTAN – Penduduk Orang Asli Sungai Kelit, Raub terputus hubungan apabila berlaku tanah runtuh melibatkan jalan masuk ke kampung berkenaan awal pagi tadi.


Ekoran masalah itu, jalan berkenaan tidak dapat dilalui semua kenderaan dan tiada jalan alternatif lain dapat digunakan.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, tanah runtuh  berlaku di jalan masuk ke Ulu Sungai di beberapa kawasan sepanjang empat kilometer sekali gus menjejaskan 71 penduduk kampung terbabit.


Sementara itu katanya, jalan Sengkela-Chenua berhampiran jambatan Chenua ditutup kepada kenderaan ringan apabila dinaiki air sedalam 0.4 meter sepanjang 300 meter, petang tadi.


Beliau berkata, pemantauan dilakukan di lokasi berkenaan berikutan paras air semakin meningkat.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]