Bukan 50 tapi 20 kenderaan alami tayar pecah

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


PORT DICKSON – Bukan 50 tapi sekitar 20 kenderaan terlanggar sebatang kayu berpaku di kilometer 26 Lebuhraya Seremban Port Dickson arah Seremban ke Port Dickson antara jam 8 malam sehingga 9 malam semalam.


Terdahulu tular di media sosial 50 kenderaan mengalami kerosakan tayar pecah akibat melanggar sebatang kayu berpaku.


Ketua Polis Daerah, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, polis menerima lima laporan polis berkenaan kejadian itu.


“Dan individu yang membuat laporan polis menyatakan sekitar 20 kenderaan yang terlibat dalam insiden itu bukan 50 seperti yang tular.


“Kebanyakkan tayar kenderaan pecah dan pemiliknya mengambil inisiatif menukar tayar sendiri di lokasi kejadian.


“Ada juga kenderaan yang mengalami ketosakan sport rim bengkok dan bumper hadapan kemek akibat insiden itu,” katanya.


Zainudin berkata, berdasarkan siasatan polis menemui kayu berpaku berukuran lebih kurang satu meter dilokasi kejadian.


“Salah seorang mangsa dan hasil temubual  bersama anggota peronda lebuhraya dan pasukan respon team polis trafik Port Dickson mengesahkan bahawa kayu yang ada atas jalan adalah kayu yang jatuh dari muatan lori dan memang ada paku pada permukaan kayu.


“Bukan unsur khianat dan sebagainya,” katanya.


 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]