Isu stadium: FAS, kerajaan negeri perlu berbincang

in Sukan by


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kerajaan Negeri Selangor perlu duduk semeja bagi menyelesaikan isu penggunaan Stadium Shah Alam yang masih belum nampak sinarnya.


Presiden Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid berkata, ia harus dilakukan demi kebaikan kedua-dua pihak khususnya kepada pasukan Merah Kuning.


“Pada saya, perlu ada perbincangan yang baik antara semua pihak, baik FAS dan kerajaan negeri.


“Presiden FAS harus berbincang dengan pihak stadium mengenai isu ini supaya masalah berbangkit dapat diselesaikan.


“Sebagai penyokong, kami tiada masalah pasukan main di Selayang lagi ataupun kembali di Shah Alam. Cuma di Selayang nampak penuh dan meriah setiap kali perlawanan berlangsung.


“Shah Alam memang payah nak penuh sebab kapasitinya yang besar dan jika ada perlawanan besar barulah sesak dengan penonton Selangor,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan FAS yang masih berharap kerajaan negeri akan membenarkan The Red Giants menggunakan Stadium Shah Alam, sebagai gelanggang rasmi saingan Liga Malaysia 2018.


Semalam, Sinar Harian melaporkan FA) masih mengharapkan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi skuad Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan dan berharap keputusan itu akan diketahui dua minggu lagi.


Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, persatuan itu mengharapkan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memanggil mereka untuk berbincang tentang penggunaan Stadium Shah Alam.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]