Lokasi kemalangan bukan kawasan pembinaan lebuh raya

in Semasa by


BAGAN SERAI – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan lokasi kemalangan yang mengorbankan tiga beranak di Sitiawan, awal pagi tadi merupakan kawasan terlibat pembinaan Lebuhraya Pantai Barat.


Pengerusinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, lokasi kemalangan di Kilometer 21 Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan bukan di bawah seliaan LLM melalui projek pembinaan Lebuhraya Pantai Barat, sebaliknya merupakan seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).


Menurutnya, masalah kekeliruan mengenai agensi sebenar bertanggungjawab menyelia lokasi jalan berkenaan sebenarnya sudah timbul sejak dahulu lagi.


“Masalah serupa juga turut berlaku melibatkan beberapa kawasan jalan raya seliaan JKR di negeri Selangor di mana pihak LLM melalui perlaksanaan projek Lebuhraya Pantai Barat, sering dipersalahkan sekiranya berlaku insiden tidak diingini.


“Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak konsesi Lebuhraya Pantai Barat kepada kami.


“Jika dakwaan berkaitan kewujudan penghadang jalan di tengah laluan di lokasi kemalangan adalah benar, saya minta pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut kereta dipandu menjunam dalam parit]


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]