MyPPP mohon tandingi satu kerusi di Johor

in Politik by


JOHOR BAHRU – MyPPP hari ini memohon Barisan Nasional (BN) Johor supaya mempertimbangkan memberi satu kerusi Dun untuk ditandingi parti berkenaan di negeri ini pada PRU14 akan datang.


Presidennya Tan Sri M Kayveas berkata MyPPP sudah lama menyokong dan setia kepada BN pusat dan negeri, maka sudah tiba masanya parti itu diberikan kepercayaan untuk bertanding di negeri ini.


“Terdapat 56 kerusi dalam DUN Johor. Kami tidak minta kerusi banyak, MyPPP hanya minta satu kerusi. MyPPP sudah beri kesetiaan padu dan ia tidak boleh dipersoalkan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen MyPPP Johor 2017 di sini hari ini.


Konvensyen dihadiri 1,100 perwakilan itu dirasmikan Timbalan Pengerusi BN Johor Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, dan turut dihadiri Pengerusi MyPPP Johor Datuk Dr Siva Kumar. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]