ProjekT- Plas hasil benih pisang bebas fungus

in Edisi by


KOTA BHARU – Projek Teknikal Tanaman Pisang (T-Plas) Air Lanas yang dijalankan di negeri ini melalui Lembaga Pertubuhan Peladang ternyata berjaya mengatasi masalah benih rosak selain menghasilkan pokok pisang yang lebih subur untuk pasaran tempatan.


Ketua Pengarah LPP Malaysia, Datuk Mohd Salim Taha berkata, projek tanaman itu yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu bermula di Ayer Lanas, Jeli di tanam di kawasan seluas 40 hektar.


“Apa yang membanggakan tanaman ini menghasilkan benih yang bukan sahaja bebas kulat dan fungus malah memberi pulangan lumayan kepada petani.


“Teknik tanaman ini dijalankan dengan memotong bahagian umbut pisang dan direndam dalam bahan khas bagi membersihkan pokok pisang itu dan kemudian ia akan ditoskan.


“Selesai ditoskan dan bahan terbabit dikeringkan ia akan dipindahkan di dalam polibeg dan seterusnya ke tapak semaian yang ternyata lebih cepat den menjimatkan kos,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penyerahan watika lantikan pengarah baharu LPP Kelantan yang kini disandang Mohd Rashid Awang.


Hadir sama, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia Kelantan,  Rostam Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasab Kangkong yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Anti Rasuah Malaysia Kelantan, Datuk Aimi Yusoff.


“Projek ini amat digalakkan disertai oleh pelbagai pihak termasuk suri rumah kerana ianya mudah dan dapat menghasilkan 10 pokok pisang hanya dengan satu umbut yang ditoskan.


“Kita harap projek ini yang telah dikomersialkan ini juga dapat diperluaskan ke peringkat seterusnya dan dijalankan di negeri-negeri lain dalam usaha menghasilkan benih pisang yang subur dan tidak mudah rosak,” katanya.


Sementara itu ditanya mengenai kerugian pada petani di bawah LPP yang terpaksa menanggung kerugian dalam bencana banjir di sini, menurutnya pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit dan akan meyiapkan laporan untuk dihantar kepada pihak kementerian.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]