Rakyat semakin pandai memilih siap wakil rakyat

in Politik by


SUBANG JAYA – Pengundi Selangor kini lebih matang, pandai menilai dan hanya akan memilih mereka yang benar-benar berkhidmat serta bekerja secara konsisten sebagai wakil rakyat mereka.


Naib Pengerusi DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata, semua ahli politik pandai bercakap parti mereka akan menang namun ia didakwa bukan mudah.


Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan bahawa akan berlaku gelombang ‘Gempa dan Gegaran Pilihan Rakyat’ yang dahsyat serta akan menghancurkan Pakatan Harapan pada PRU14 nanti, Hannah Yeoh berkata, menang atau tidak hanya akan diketahui semasa pilihanraya kelak.


“Cakap senang…semua orang politik pun pandai bercakap, saya tumpang gembira keyakinan mereka (Umno/BN) dah kembali, jadi sekarang dah tiba masanya Umno Selangor lantik ketua pembangkang dalam Dun Selangor untuk jalankan tugas kerana itu yang diputuskan rakyat negeri ini.


“Mengenai keyakinan Umno untuk hancurkan Pakatan Harapan pada PRU14, kita tunggu saja masa pilihanraya nanti, bukan senang… tetap kena kerja, cakap saja tak bermakna. Rakyat sekarang dah matang dan pandai pilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk mereka,” katanya.


Semalam Mat Nadzari dilapor berkata, persiapan dan jentera pilihanraya Umno dan BN kini berada dalam fasa akhir melaksanakan strategi-strategi yang direncakan bagi menghadapi PRU14.


Menurutnya, Umno dan BN mempunyai keyakinan mengikut apa yang telah diterjemahkan setakat ini terutama dalam pemantapan jentera parti dan kesepaduan integrasi dalam klangan jentera parti komponen.


Beliau turut menjelaskan ‘tsunami Melayu’  tidak mustahil akan berlaku pada PRU14 termasuk di kawasan pilihan Selangor yang akan membolehkan tampuk pentadbiran negeri kembali kepada BN.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]