12 askar Iran maut dalam serangan Israel di Syria

in Global by


DAMASCUS – SYRIA. Seramai 12 askar Iran maut dalam serangan peluru berpandu Israel, Sabtu lepas.


Menurut laporan agensi Al-Arabiya milik Arab Saudi dan Al-Mustaqbal TV di Lebanon, angka sebenar korban serangan peluru berpandu darat ke darat berkenaan gagal dipastikan.


12 askar yang dilaporkan berkenaan adalah dari cabang Pengawal Revolusi Iran yang bertanggungjawab menentang militan Daesh dan antara bantuan utama Iran kepada rejim presiden Syria, Bashar al-Assad.


Sebuah gudang senjata juga dilaporkan musnah dalam serangan Israel berkenaan.


Sinar Online sebelum ini melaporkan Israel melancarkan beberapa peluru berpandu yang disasarkan kearah markas tentera Iran yang didirikan di Syria.


[ARTIKEL BERKAITAN: Israel serang Syria, sasar kubu tentera]


Markas tersebut terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Palestin-Syria.

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]