AS tarik diri daripada kesepakatan migran PBB

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Presiden Donald Trump menarik penyertaan Amerika Syarikat (AS) daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperbaiki pengendalian situasi migran kerana menganggap ia tidak konsisten dengan dasarnya.


“Kelmarin, Misi AS ke PBB memaklumkan kepada Setiausaha Agung badan dunia itu bahawa Washington akan menamatkan penyertaannya dalam Global Compact for Migration,” kata AS dalam satu kenyataan.


Duta Besar AS, Nikki Haley berkata, negaranya akan menentukan cara terbaik untuk mengawal sempadan dan siapa yang akan dibenarkan masuk ke negara ini.


“Pendekatan global dalam Deklarasi New York sememangnya tidak sesuai dengan kedaulatan AS,” katanya.


September tahun lalu, Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pengisytiharan politik Deklarasi New York untuk Pelarian yang berikrar menegakkan hak migran, membantu mereka ditempatkan semula dan memastikan golongan itu mempunyai akses kepada pendidikan serta pekerjaan, lapor AFP.


Source: SH Global

[featured-video-plus]