Panenka Hazard buat penjaga gol bengang

in Sukan by


SUNGGUH tenang Eden Hazard mencetak gol penalti ala Antonin Panenka ke gawang Newcastle United.


Bintang Chelsea itu melakukannya ketika Chelsea menumpaskan Newcastle United dengan jaringan 3-1 di Stamford Bridge, kelmarin, dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


Jaringan Panenka Hazard itu cukup memperdayakan penjaga gol Newcastle, Karl Darlow, selepas bola itu hanya dicungkil di arah tengah gol sahaja.


Darlow secara terang mengakui kecewa dengan gol itu, namun sempat memuji Hazard.


“Gol itu menyakitkan saya. Tipu kalau saya bilang tidak..itu penalti yang sangat bagus,” katanya.


Tamat perlawanan, Hazard yang ditanya mengapa dia terdetik untuk melakukan jaringan penalti sedemikian walaupun potensi untuk gagal besar.


“Ketika saya mengambil bola, saya rasa harus lakukan itu.


“Cuma saya harap penjaga gol bergerak, kalau dia tidak bergerak, saya dalam masalah besar. Jadi, dia (penjaga gol) bergerak, bola ke tengah..itu penalti yang bagus,” katanya.


Chelsea kini menduduki tangga ketiga liga dengan 32 mata selepas 15 perlawana.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]