Tembusi pasaran Dubai

in Bisnes by


SYARIKAT PKS perlu berani untuk mengorak langkah mengembangkan pasaran produk mereka ke luar negara dengan lebih teliti supaya risiko kegagalan tidak tinggi ketika menguruskan perniagaan.


Pengasasnya yang juga pemilik Serasi Café By Nisa Bakri berkata, dengan adanya pelbagai platform untuk berkembang di luar negara, usahawan PKS perlu mengambil peluang tersebut.


Menurutnya, beliau mahu mengetengahkan jenama pes segera keluarannya  ke luar negara apabila akan memperkenalkan menu tempatan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun depan.


Nisa Bakri berkata, kerjasama penjenamaan itu akan direalisasikan bersama Agroworld


Channel Sdn Bhd (Agroworld Channel) dengan memilih daging kambing salai untuk dipopularkan.


“Menu itu dijangka mendapat sambutan masyarakat Arab di sana kerana memiliki kelainan


cita rasa yang tersendiri. Tidak dinafikan memang masyarakat Arab gemar makan daging kambing namun mereka tidak pernah mencuba daging kambing salai masak lemak cili api. “Saya akan menggunakan pes segera dan itulah kelainan yang akan dibawa namun masih mengikut selera masyarakat di sana.


“Untuk memastikan produk ini menepati cita rasa masyarakat di sana, saya perlu membuat perancangan rapi dengan mengatur perancangan mengikut perkembangan. Kini dalam peringkat proses pembungkusan yang lebih menarik untuk diperkenalkan ke luar negara,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agroworld Channel Sdn Bhd bagi kerjasama mengeluarkan produk makanan, Smoked Lamb di sini baru-baru ini.


 Selain Dubai, daging kambing salai itu juga akan dipasarkan di Malaysia selain United Kingdom dan Amerika Syarikat.


Nisa berkata, beliau juga dijemput ke sebuah program masakan di Dubai berjudul Food Faith yang akan bersiaran pada tahun depan.


Jelasnya, program masakan sebanyak lapan episod itu akan menampilkan dirinya sebagai hos dengan memperkenalkan resipi masakan sendiri yang dijangka akan ke udara di kaca televisyen pada suku tahun pertama 2018 menerusi saluran Zee Channel.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]