PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2017 - page 2

China lancar kapal kargo berkuasa elektrik

in Global by


BEIJING – CHINA. CHina telah melancarkan kapal kargo berkuasa elektrik sepanjang 230 kaki yang dilengkapi dengan bateri lithium-ion 2,400 kWh.


Menurut laporan Clean Technica, bateri tersebut mampu menaja kuasa untuk penghantaran kargo seberat 2,200 tan sejauh 80 kilometer dengan kelajuan 12 kilometer perjam dengan sekali cas.


Bateri berkenaan pula mengambil masa 2 jam untuk dicas dan kebetulan sama dengan masa yang diperlukan sebuah kapal kargo untuk memindahkan kargonya setibanya di destinasi.


“Disebabkan ianya berkuasa elektrik sepenuhnya, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada alam sekitar. Teknologi ini mungkin akan digunakan untuk kapal perlancongan atau kapal kejuruteraan pada masa akan datang,” kata Pengerusi dan Pengurus Am Hangzhou Modern Ship Design & Research Co.


Kapal yang direka syarikat tersebut membawa muatan 1,000 bateri dan dibina di Limbungan Kapal Guangzhou di Guangdong.


Kapal tersebut mempunyai dua kebaikan utama dimana ia tidak melepaskan sebarang gas karbon ketika beroperasi.


Kapal kargo selalunya disifatkan sebagai antara penyumbang utama kepada pencemaran udara di bahagian pengangkutan.


Kedua, kapal kargo elektrik sudah tentuk akan merendahkan lagi kos penghantaran kargo.


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Trafik penumpang udara dunia meningkat 7.2 peratus

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Permintaan trafik penumpang udara dunia, yang diukur mengikutjumlah hasil penumpang mengikut kilometer (RPK), meningkat 7.2 peratus pada Oktober 2017 berbanding​​​​​​​ tempoh sama 2016, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).


Dalam kenyataan hari ini, IATA berkata, kapasiti penumpang meningkat 6.2 peratus dan faktor​​​​​​​ muatan​​​​​​​ naik 0.8 mata peratusan kepada 80.8 peratus berbanding tahun.


Persatuan itu berkata, permintaan penumpang antarabangsa menokok 7.3 peratus berbanding tahun, dengan syarikat penerbangan di semua rantau merekodkan pertumbuhan trafik.


Kapasiti keseluruhan meningkat enam peratus dalam segmen pasaran penumpang antarabangsa, manakala faktor muatan naik satu mata peratusan kepada 79.4 peratus berbanding tahun, menurut IATA.


Menurut persatuan itu, permintaan domestik bertambah 7.2 peratus dan kapasiti berkembang 6.6 peratus berbanding tahun, dengan India dan China terus mendahului semua pasaran, mencatatkan kadar pertumbuhan dua digit.


Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac, berkata permintaan​​​​​​​untuk perjalanan udara kekal kukuh menjelang musim cuti.


“Petunjuk ke arah peningkatan ekonomi meluas yang berterusan ke arah 2018 juga merupakan​​​​​​​berita baik bagi permintaan perjalanan udara,” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Fenomena pancuran meteor geminids di Port Dickson

in Nasional by


PORT DICKSON –  Balai Cerap Teluk Kemang membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat fenomena pancuran meteor ‘geminids’  dari perkarangan balai itu mulai 13 Disember ini.


Penolong Pengurus Balai Cerap Teluk Kemang, Muzamir Mazlan berkata,  orang ramai boleh melihat fenomena itu bermula jam 11.30 malam selama tiga hari mulai tarikh tersebut.


“Fenomena ini dinamakan hujan meteor ‘geminids’ kerana titik asal permulaannya daripada buruj Gemini di langit pada sebelah Utara dan dijangka sebanyak dua meteor akan muncul setiap satu minit.


“Saya menjemput orang ramai sempena musim cuti persekolahan ini untuk melihat fenomena tersebut di sini dengan hanya mata kasar – tanpa memerlukan teleskop,” katanya ketika ditemui Bernama.


Muzamir berkata hujan meteor pada kali ini juga sangat sesuai dilihat kerana cahaya bulan sangat kurang disebabkan bulan sabit ataupun dipanggil bulan tua.


Beliau berkata, berikutan fenomena alam ini, pihaknya akan menganjurkan pertandingan fotografi untuk para pengunjung dengan yuran penyertaan serendah RM10.


Pertandingan menawarkan hadiah utama RM300.


“Para pengunjung boleh menghayati fenomena hujan meteor ini sambil mengambil gambar.


“Mereka yang menyertai pertandingan ini perlu menghantar satu gambar terbaik dengan syarat hanya diambil di perkarangan balai cerap,” katanya.


Sementara itu, bagi merancakkan lagi kemeriahan menyaksikan hujan meteor di langit Port Dickson, hotel Klana Beach Resort, milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, yang terletak berhadapan Balai Cerap itu menawarkan pakej istimewa buat pelanggan yang menginap di situ dalam tempoh tersebut.


Pengurusnya Che Dzarudin Che Omar berkata pelanggan di hotel mereka bukan sahaja boleh melihat keindahan pantai dan suasana matahari terbenam malah boleh melihat angkasa lepas menggunakan teleskop yang disediakan di balai cerap.


Che Dzarudin berkata bagi pelanggan berkenaan, mereka berpeluang memasuki balai cerap secara percuma, sedangkan orang awam yang ingin memasuki balai itu dikenakan bayaran RM25 seorang.


“Kami mendapat respon yang sangat baik kerana tempahan bilik sudah penuh selepas dua minggu tempahan dibuka,” katanya. – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Pelanggan restoran makanan segera dipaksa buka tudung

in Global by


LONDON – BRITAIN. Seorang pelajar berusia 19 tahun dilaporkan menjadi mangsa diskriminasi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika mahu membeli makanan.


Menurut laporan Dailymail, mangsa yang tidak mahu didedahkan namanya dilaporkan ditahan anggota keselamatan restoran makanan segera yang terletak di utara London Khamis lalu.


Mangsa diberitahu, tudungnya ‘menimbulkan risiko keselamatan’.


Anggota keselamatan dan mangsa kemudian dirakam bertengkar.


Seorang pelanggan tempatan lain yang cuba mendamaikan perkara berkenaan diberitahu ‘ini bukan masalah awak’ oleh anggota keselamatan tersebut.


Mangsa yang merakam keseluruhan kejadian pula disuruh berhentikan rakaman oleh pekerja restoran lain.


“Ini hak sah saya untuk merakam apa yang sedang terjadi sekarang ini,” kata mangsa.


Kata mangsa kepada Guardian, beliau berketurunan Timur Tengah lahir di Britain dan telah menjadi rakyat Britain selama 19 tahun.


“Akhirnya ia berlaku kepada saya, seperti apa yang dialami wanita bertudung lain,” kata mangsa dalam satu temu ramah.


Sementara itu, jurucakap restoran makanan segera berkenaan memohon maaf dan mengatakan tiada polisi restoran berkenaan yang melarang pemakaian tudung atau mana-mana persalinan agama.


“Kami mengalu-alukan pelanggan dari semua agama dan memohon maaf kepada mangsa kerana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku,” kata jurucakap berkenaan.


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Yingluck tidak memperoleh pasport Britain

in Global by


BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang kini hidup dalam pelarian, tidak memperoleh pasport Britain, kata Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.


Kenyataan beliau dikeluarkan, susulan berita awal yang melaporkan Yingluck telah diberikan pasport Britain selepas mencari suaka politik di negara itu. .


Don berkata, laporan itu tidak dilaporkan secara rasmi sama ada oleh pihak berkuasa, Thailand atau Britain.


Setakat ini, Kedutaan Britain di Bangkok tidak memberikan sebarang maklumat mahupun kenyataan mengenai Yingluck kepada Kementerian Luar, katanya.


Media Thailand sebelum ini, melaporkan Yingluck mencari suaka politik di Britain, selepas beliau secara sembunyi meninggalkan Thailand dan pergi ke Emiriyah Arab Bersatu pada Ogos.


Yingluck dilaporkan melarikan diri melalui Kemboja, dan tidak hadir ke Mahkamah Agung ketika mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras.


Beliau dikatakan telah melawat abangnya, bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan di Dubai sejak hampir sedekad lalu.


Thaksin dan Yingluck digulingkan oleh junta tentera masing-masing pada 2006 dan 2014. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Sindiket dadah antarabangsa tumpas

in Semasa by


JOHOR BAHRU – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga tempatan dengan menahan tujuh individu sekitar bandar raya ini dan Kuala Lumpur, serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira  RM900,000, Sabtu lalu.


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, penahanan kesemua suspek terbabit adalah melibatkan lima lelaki dan dua wanita, berumur antara 26 dan 52 tahun.


Beliau berkata, serbuan itu hasil perkongsian maklumat risikan Biro Kawalan Narkotik Thailand (PNSB), Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama-sama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).


“Turut dirampas bersama-sama suspek adalah pelbagai jenis dadah disyaki syabu, heroin, Erimin 5, ketamin dan ekstasi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.


Antara dadah dirampas itu adalah 8.2 kilogram syabu, 1.5 kilogram heroin, 605 gram ketamin, 2,205 biji pil khayal, 1,101 pil Erimin 5 dan 3,950 pil ekstasi.


Mohd Kamarudin berkata, pihaknya turut merampas pelbagai mata wang, barang kemas dan tujuh kenderaan dengan nilai sitaan  eseluruhan berjumlah RM915,533.14.


“Mereka yang ditahan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Sepanjang 2017 sehingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat 1,918.63 kilogram bernilai RM57 juta manakala nilai sitaan berjumlah RM19 juta serta penangkapan melibatkan 15,393 orang.  – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Esscom kini di landasan betul

in Semasa by


SANDAKAN – Biarpun jenayah rentas sempadan di perairan timur negeri ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya, namun pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berada di landasan yang betul dalam usaha membanteras jenayah itu, khususnya kes penculikan.


Kejayaan terbaru Esscom menembak mati seorang suspek penculik dipercayai anggota Kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Kantong Kalungan, Lahad Datu hari ini menunjukkan kemampuan ketara agensi itu dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.


Insiden itu merupakan kes pertama yang membabitkan suspek culik ditembak mati pada tahun ini. Pada 8 Disember tahun lepas, tiga suspek penculik ditembak mati oleh Pasukan Gerakan Am di perairan Pulau Gaya Semporna.


Berikutan kejayaan terbaru itu, masyarakat di pantai timur negeri ini terus menaruh keyakinan dan sokongan kepada Esscom dalam memerangi penjenayah rentas sempadan.


Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah Cawangan Lahad Datu, Datuk Nagaraju Apalasamy berkata, kejayaan terbaru Esscom itu menunjukkan agensi berkenaan tidak leka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan, terutama di kawasan pantai timur Sabah.


Katanya, masyarakat khususnya di daerah Lahad Datu memberi keyakinan tinggi dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Esscom sejak ia diwujudkan empat tahun lepas.


“Keyakinan diberikan masyarakat itu berbaloi dengan Esscom berada di landasan yang sepatutnya dalam memastikan keselamatan di pantai timur negeri ini pada tahap terbaik.


“Paling ketara adalah tindakan yang diambil Esscom dalam memerangi kejadian penculikan di perairan adalah berkesan,” katanya kepada Bernama.


Beliau turut menyifatkan komitmen kerajaan dalam menambah aset pasukan keselamatan di bawah Esscom menjadi faktor penting bagi mewujudkan suasana aman dan selamat di kawasan itu.


Di pihak nelayan pula, mereka menyifatkan kejayaan Esscom menembak mati suspek penculik itu sebagai permulaan lembaran baharu yang lebih baik dari segi keselamatan.


Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan, Asmaul Gindung berkata golongan nelayan terutama kapal nelayan laut dalam kini bertambah yakin akan keselamatan mereka ketika keluar ke laut.


Katanya keadaan ini berbeza sebelum tiga suspek penculik ditembak di perairan Semporna pada Disember tahun lepas dengan kapten dan kru kapal nelayan laut dalam, sentiasa dalam keadaan bimbang akan keselamatan mereka ketika keluar ke laut.


“Dalam hal ini, kita berterima kasih kepada kerajaan yang mewujudkan Esscom untuk membela nasib rakyat Sabah, terutama dalam soal keselamatan,” katanya.


Beliau berkata dalam usaha meningkatkan keselamatan di perairan itu, masyarakat nelayan selaku komuniti maritim sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Esscom dalam menjayakan apa juga program dan tindakan ke arah itu.


Ini termasuk dalam menyalurkan maklumat apa juga aktiviti yang mencurigakan di kawasan perairan kepada pasukan keselamatan, katanya. – Bernama

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Bantahan solat sebelum pulang sekolah sebagai emosional

in Nasional by


KUANTAN – Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)  menyifatkan sebagai emosional bantahan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim terhadap arahan mewajibkan pelajar Islam sekolah di daerah Kuantan solat Zohor berjemaah sebelum pulang.   


Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, bantahan itu dibuat tanpa memahami secara mendalam tentang perkara berkenaan.


“Sepatutnya perkara ini disokong oleh semua pihak kerana ia membantu membentuk keperibadian pelajar, malah saranan itu adalah bertepatan dengan tuntutan agama Islam sendiri yang mewajibkan penganutnya solat lima waktu.


“Lebih-lebih lagi jika boleh melakukannya secara berjemaah, sudah pasti ia lebih baik dan ini juga merupakan sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjadi pemimpin… mereka juga akan dilatih sebagai imam atau bilal oleh ustaz sekolah masing-masing bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohd Sabri juga berkata arahan itu tidak menjejas pelajar yang menganut agama lain.    


Rabu lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan meminta semua pelajar sekolah di daerah itu menunaikan solat berjemaah sebelum pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri pelajar selain mengelak mereka daripada terlibat dalam gejala sosial. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Tidak sempat berjoli dengan hasil samun

in Semasa by


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tidak sempat berjoli dengan hasil kegiatan samunnya di dua buah rumah selepas ditahan polis hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam dia melakukan jenayah tersebut.


Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, ketika dipercayai sedang menjual barang hasil samunnya di tepi Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pelbagai barangan kemas, telefon bimbit, pakaian dan wang tunai milik mangsa yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM22,000.


Jelasnya, dalam kejadian pertama, suspek berasal dari Merang, setiu, memecah rumah sebuah rumah di Kampung Rhu Tapai, Bandar Permaisuri, Setiu, kira-kira jam 10 malam, kelmarin.


“Kejadian disedari mangsa yang juga wanita warga emas berusia 64 tahun yang baru pulang kerumahnya, sebaik ternampak seorang lelaki terjun daripada tingkap rumah sebelum melarikan diri ke kawasan semak di belakang rumah mangsa.


“Mangsa kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati satu gelang tangan emas dengan 10 biji batu permata; empat gelang tangan emas; dua subang emas; satu cincin emas; selain dua buah telefon bimbit; beg duit dan sehelai baju serta seluar dan seutas tali pinggang lesap dilarikan pencuri.


“Akibat kejadian itu, mangsa dianggarkan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM20,000,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK, di sini, semalam.


Katanya, dalam kejadian kedua kira-kira jam 5.15 pagi, semalam, seorang operator kilang terkejut apabila menemui beg tangan miliknya berada dibahagian pintu dapur, sebelum membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati pintu dapur rumahnya terbuka.


“Mangsa baru bangun daripada tidur dan mendapati telefon bimbit serta beg tangannya yang diletakkan di dalam bilik hilang. Wanita berusia 31 tahun itu kemudian memeriksa setiap bahagian rumah sebelum menemui beg tangannya dan pintu dapur yang terbuka.


“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati suspek melarikan dua buah telefon bimbit miliknya mangsa, selain wang tunai RM350; tiga cincin emas; ‘power bank’ dan seluar warna kuning dengan anggaran kerugian RM2,000,” katanya.


Fazlisyam berkata, kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Penarik sebelum suspek ditahan di Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, semalam, hasil maklumat awam dan kecekapan polis.


Jelasnya, suspek yang positif dadah jenis methaphetamine turut memiliki rekod lampau membabitkan kes Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan kes Akta Dadah Berbahaya (ADB).


Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Suspek langgar kereta polis, cuba rampas pistol

in Semasa by


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki nekad memandu lebih 50 kilometer dari Terengganu hingga Kelantan semata-mata mengelak daripada dicekup polis, dalam kejadian di sempadan Besut dan Setiu, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, usaha lelaki berusia 41 tahun itu gagal apabila dicekup di hadapan sebuah kilang kayu di Bachok, Kelantan, kira-kira jam 2 petang, selepas berlaku pergelutan akibat suspek bertindak agresif  dan cuba merampas sepucuk pistol milik anggota polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, sebelum kejadian, cawangan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kereta jenis Honda Civic dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 1 petang, di sempadan Besut dan Setiu.


“Ketika cuba menahannya, pemandu kereta itu bertindak melanggar bahagian belakang di sebelah kiri MPV menyebabkan kenderaan pasukan berpusing sebanyak dua kali manakala suspek melarikan diri ke arah sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan.


“Kita berjaya memintasnya di hadapan sebuah kilang kayu di Bachok, Kelantan dan suspek bertindak agresif ketika kita cuba menahannya dengan menyerang anggota yang ada selain cuba merampas pistol,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.


Menurut Fazlisyam, pergelutan yang berlaku menyebabkan seorang Lans Koperal berusia 28 tahun dan bertugas di MPV IPD Besut patah tapak tangan kiri di jari kelingking manakala suspek turut mengalami kecederaan di belakang kepala sebelum ditahan.


Jelasnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu suspek pernah dilaporkan hilang sebelum ini di Kuala Terengganu, dan suspek yang positif dadah jenis methamphetamine turut mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan bermotor.


“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.


“Selain itu, seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA