PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2017 - page 49

Bas dua tingkat terbakar, penumpang nyaris maut

in Uncategorized by


GUNUNG SEMANGGOL – Asap tebal berpunca dari bahagian tayar bas menyebabkan kesemua penumpang kenderaan itu terselamat daripada kebakaran sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 200, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam lebih kurang jam 1.30 pagi, pemandu bas bersama kesemua penumpang kenderaan itu dikatakan sempat keluar sebaik terhidu bau hangit daripada asap itu.


Difahamkan pemandu bas itu dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur, namun jumlah keseluruhan penumpang kenderaan itu masih belum dapat dipastikan.


Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting, PBK II Nasir Wahab berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.40 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.


“Tiga jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Kamunting dan Taiping kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan didapati api sedang marak hampir 70 peratus dari keseluruhan bas itu.


“Tiada mangsa dikenal pasti mengalami kecederaan memandangkan kesemuanya telah keluar dengan selamat.


“Kesemua mereka kemudiannya dihantar ke Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Taiping,” katanya kepada media di sini awal pagi tadi.


Nasir berkata, kerja pemadaman api dibuat bersumberkan air dari tangki jentera dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 3.55 pagi.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Mei Kuan, Meng Yean cipta kejutan

in Sukan by


BEREGU wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean melakar kejutan besar apabila menundukkan pilihan pertama dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai untuk mara ke suku akhir Masters Korea Selatan, hari ini.


Aksi di Gimnasium Yeomju itu menyaksikan Mei Kuan-Meng Yean mempamerkan corak permainan matang untuk menunjukkan jalan keluar kepada Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dengan keputusan 21-13, 21-12.


Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan beregu tuan rumah, Chae Yoo Jung-Kim Hye Rin selepas pasangan itu menewaskan Chang Ching Hui-Yang Ching Tun dari Taiwan 21-11, 21-6.


Persembahan cemerlang Mei Kuan-Meng Yean bagaimanapun gagal diteruskan beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See apabila tewas kepada  pasangan tuan rumah, Kim Won Ho-Shin Seung Chan.


Peng Soon-Yee See terpaksa akur kehebatan pilihan pertama itu dengan keputusan 15-21, 16-21.


Turut mengalami kecundang pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven tunduk kepada pilihan pertama dari Korea, Sung Ji Hyun, 16-21, 15-21.


Nasib sama turut menimpa pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah apabila tumpas kepada lawan dari China, Wang Zhiyi 13-21, 12-21.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Jualan kereta terpakai merosot

in Nasional by


AKIBAT kemelesetan ekonomi dan kesukaran mendapat pinjaman bank, penjualan kereta terpakai di sekitar Lembah Kelang dilaporkan merosot sehingga 50 peratus.


Ini mendorong beberapa  syarikat penjual kereta terpakai ini menamatkan perniagaan sejak beberapa bulan lalu, malahan keadaan ini bakal berlarutan sehingga tahun hadapan.


Hasil tinjauan Oriental Daily mendapati, selain faktor kemelesetan ekonomi dan syarat ketat yang dikenakan bank, tindakan syarikat pengeluar kereta menurunkan harga kereta model lama apabila adanya pengeluaran kereta model baharu turut menjejaskan industri kereta terpakai.


Menurut seorang pengusaha syarikat kereta terpakai kepada akhbar ini, perniagaan dalam syarikatnya merosot sekurang-kurangnya 30 peratus sejak awal tahun ini, lebih-lebih lagi ketika pelancaran kereta baharu oleh syarikat pengeluar kereta tempatan, iaitu Proton dan Perodua.


“Syarikat pengeluar kereta biasanya akan melancarkan kereta baharu pada hujung tahun dan pada masa sama, mereka menurunkan harga kereta model lama.


“Sesetengah orang yang sebelum ini bercadang ingin beli kereta terpakai akhirnya bertukar fikiran apabila tertarik dengan kereta baharu. Inilah keadaan yang dialami oleh kebanyakan syarikat kereta terpakai pada hari ini,” katanya.


Menurut beliau lagi, pada tahun-tahun sebelum ini, perniagaannya meningkat ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, bagaimana pun, keadaan itu tidak lagi kelihatan malah bakal menerima nasib untuk gulung tikar.


“Saya harap pihak kerajaan dan bank perlu mengkaji perniagaan kereta terpakai ini secara serius, terutama sekali dari segi melonggarkan syarat pinjaman dengan bank,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

1 47 48 49
Kembali UTAMA