118 penduduk terjejas banjir di Membakut dipindahkan

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Seramai 118 penduduk terjejas banjir di Membakut dipindahkan apabila 14 kampung di daerah kecil itu dinaiki air sejak pagi tadi.


Menurut  kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, penduduk terlibat dipindahkan ke Dewan Membakut susulan bacaan paras air di Sungai Membakut berada di paras bahaya iaitu 7.36m.


Kampung yang terjejas ialah Kampung Jambatan Baru, Kampung Papas, Kampung Kayai, Kampung Limadang, Kampung Brunei, Kampung Lampuas dan Kampung Dungau.


Turut terjejas ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Pusak, Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Bingkulas dan Kampung Takapan.


Empat jalan turut terjejas akibat banjir iaitu Jalan Kampung Sinoko, Jalan Kampung Baitam, Jalan Kampung Lumantak dan Jalan Kampung Baru. –Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]