Bapa mengaku tidak bersalah merogol

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Seorang bapa mengaku tidak bersalah merogol anaknya berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani hari ini.


Lelaki berusia 59 tahun itu hadir diiringi anggota polis dengan berbaju oren dan berseluar hitam selain berkopiah di kepala.


Dia didakwa melakukan persetubuhan itu pada 21 Disember 2017 jam lebih kurang 10 pagi di sebuah rumah dekat Kampung Bukit Endoi, Kuala Ketil, Kedah.


Oleh demikian, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.


Kes akan disebut semula pada 5 Februari.


Sementara itu, di mahkamah sama, bapa saudara berusia 22 tahun dituduh melakukan seks oral kepada anak saudara berumur tujuh tahun lapan bulan.


Perbuatan itu dilakukan di tepi pintu hadapan rumah teres Taman Aman Perwira Kuala Ketil Kedah pada 15 November 2017 jam lebih kurang 10 malam.


Atas perbuatan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.


Dia mengaku salah dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap, 23 Disember 2017.


 


 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]