Hampir 12,000 mangsa banjir di empat negeri

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Seramai 11,991 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)  di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 8 malam ini.


Menurut kenyataan NADMA, kesemua negeri terbabit mencatatkan peningkatan jumlah mangsa sejak tiga hari lepas.


“Terdapat 3,285 keluarga terlibat dan kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan,” menurut kenyataan itu.


Bagaimanapun, NDCC memaklumkan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada telah ditamatkan di keempat-empat negeri terbabit. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]