Kereta terjunam ke dalam gaung

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


REMBAU – Empat individu dua daripadanya warganegara China berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbabit kemalangan dan terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 15 meter.


Kejadian berlaku di kilometer 232.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, tadi.


Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Ketua Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusof bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 1.16 petang.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid, pasukannya tiba di lokasi pada jam 1.31 petang.


Katanya, keempat-empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan yang cedera dikejarkan ke hospital oleh jentera pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta EMRS.


“Susulan kemalangan berkenaan, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire berkenaan terbakar 100 peratus.  


Operasi ini turut mendapatkan khidmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Tampin,” katanya kepada Sinar  Harian, di sini, tadi.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]