Pesawat baharu Vietjet demi keselesaan pelanggan

in Bisnes by


VIETJET mengumumkan penukaran pesanan pesawat melibatkan 42 model A320neo kepada A321neo lebih besar.


Syarikat penerbangan Vietnam itu, menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara menggunakan pesawat Airbus daripada model tersebut yang didaftarkan sebagai VN-646, ketika mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat dari Hamburg, Jerman, kelmarin.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nguyen Thi Phuong Thao berkata, pesawat baharu dikuasakan generasi terbaru Pratt & Whitney enjin GTF itu, akan beroperasi di laluan domestik dan antarabangsa dari Vietnam mulai bulan ini.


“Dengan menaik taraf pesanan kepada 42 pesawat A321neo, Vietjet kini membuat pesanan sejumlah 73 pesawat model A321neo dan 11 pesawat A321ceo untuk penghantaran akan datang,” katanya.


Pesawat A321 neo baharu itu dilengkapi 230 tempat duduk kulit selesa dan permaidani berkualiti tinggi, dengan lima baris pertama direka khas untuk menampung penumpang yang terbang dengan Skyboss, perkhidmatan premium syarikat penerbangan Vietnam itu.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Airbus dan Presiden Pesawat Komersial, Fabrice Bregier berkata, enjin GTF A321neo menawarkan penurunan ketara dalam penggunaan bahan api sekurang-kurangnya 16 peratus dari hari pertama dan 20 peratus menjelang 2020 serta pengurangan bunyi dan pelepasan.


“Kami berbangga syarikat penerbangan dinamik Vietjet menyokong produk kami.


“Pesawat A321neo menggabungkan kapasiti lebih tinggi dengan kos operasi terendah dalam kelasnya. Pesawat ini akan menjadi aset sebenar dalam rancangan pengembangan Vietjet dalam pasaran kompetitif,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]